Thursday, September 9, 2021

PERTUKARAN TEMPAT PENGAJIAN

Maksud pertukaran tempat pengajian disini pelajar memohon bertukar tempat pengajian atau bertukar politeknik. Contohnya pelajar memohon pertukaran daripada Politeknik A ke Politeknik B. Secara dasarnya pelajar TIDAK DIBENARKAN untuk berbuat demikian. Akan tetapi ianya bergantung kepada justifikasi dan budi bicara pihak institusi agar pelajar dapat meneruskan pengajian dalam keadaan yang selesa. Bahagian Ambilan Pelajar juga membenarkan perkara tersebut mengikut peraturan  dan garis panduan yang telah ditetapkan.

CALON YANG BELUM MENDAFTAR

Sebarang rayuan pertukaran, maklumkan kepada calon supaya membuat permohonan pertukaran kepada Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), JPPKK agar dapat dipertimbangkan untuk urusan penawaran semula.

PELAJAR YANG TELAH MENDAFTAR

Pada asasnya, pelajar tidak dibenarkan membuat pertukaran tempat pengajian. Walaubagaimanapun, pertimbangan boleh diberi ke atas kes-kes khas dan kritikal. Permohonan pertukaran boleh dibuat melalui PHEP di Institusi masing-masing dan perlu dihantar ke BAPP, JPPKK dengan kadar yang segera.

Antara kes-kes kritikal yang perlu diberi pertimbangan :

  • Kesihatan diri pelajar (penyakit kronik)
  • Keselamatan diri pelajar
  • Kepentingan negara/politeknik

Sebarang ulasan dan sokongan daripada pihak politeknik perlulah mengambil kira kepentingan akademik pelajar.

TINDAKAN PHEP PD 

a. Pelajar perlu mengisi borang permohonan dan menyertakan dokumen sokongan sebab-sebab untuk bertukar (Lampiran L8-01) seperti dibawah.

b. Pelajar perlu mendapat ulasan daripada pegawai berikut :

  • Penasihat Akademik
  • Ketua Jabatan Akademik
  • Pegawai Psikologi (jika perlu)
  • Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri (jika perlu)
  • Pustakawan (jika perlu)
TINDAKAN KJHEP / KUHEP

KJHEP / KUHEP perlu membuat ulasan :
  • Status pelajar berdaftar bagi program yang berkaitan di politeknik semasa dan yang dipohon.
  • Tatatertib / Disiplin
  • Bantuan Kewangan



No comments:

Post a Comment

PERTUKARAN TEMPAT PENGAJIAN

Maksud pertukaran tempat pengajian disini pelajar memohon bertukar tempat pengajian atau bertukar politeknik. Contohnya pelajar memohon pert...